[TERKINI] : DR JUANDA TOLAK JADI CALON !!?

Tuesday 26 February 20130 comments


SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan PAS dan PKR berlumba untuk merekrut Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya bertanding atas tiket pakatan pembangkang pada Pilihan Raya ke-13 (PRU13) nanti.

Juanda sebelum ini dilaporkan portal tempatan telah didampingi oleh kepimpinan kedua-dua parti berkenaan yang melihat beliau sebagai 'calon boleh menang' kerana mempunyai personaliti yang berkarisma serta berlatarbelakangkan agama.

Walau bagaimanapun Anwar berkata, persoalan tersebut perlu ditujukan kepada Juanda sendiri.

"Saya tidak dengar dia direbut apa-apa. Itu perlu tanya dia bukan saya sebab yang berunding bukan saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Konvesyen Pakatan Rakyat di Pusat Konvesyen Shah Alam, di sini hari ini.

Sebelum ini bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut dikaitkan dengan calon bertanding untuk tiket Pakatan Rakyat.

Namun Asri menolak menerima sebarang pelawaan daripada pakatan pembangkang.

Asri disebut-sebut akan bertanding di Pulau Pinang manakala Juanda, anak kelahiran Sarawak, dipercayai akan diletakkan di Perlis.

Untuk rekod tiada mana-mana mufti pernah diletakkan sebagai calon untuk bertanding dalam sejarah pilihan raya umum negara.

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger