[TERKINI] : LAGI PEMIMPIN UMUM TIDAK BERTANDING PRU-13!!!

Sunday 17 February 20130 comments


PULAU PINANG - Setiausaha BN negeri, Datuk Omar Faudzar mengundur diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada golongan muda mencurah bakti serta berkhidmat kepada masyarakat.

Selain itu juga, Omar menjelaskan bahawa pimpinan golongan muda serta muka baru mampu berikan perubahan besar dalam kancak politik di negeri itu.

“Saya memang tak akan bertanding kali ini, biar kita bagi ruang kepada orang lain pula kerana rakyat mahukan perubahan dan bagi saya golongan muda mampu bawa perubahan kepada cara pemerintahan kerajaan DAP sekarang,” katanya.

Ketika ditanya adakah beliau akan turut membantu jentera di kawasan Bukit Gelugor walaupun beliau tidak bertanding dan beliau mengulas bahawa pihaknya akan memastikan BN menang menerusi jentera yang ada malah beliau sendiri akan turun padang memberikan sokongan terhadap mana-mana calon BN yang bertanding.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Sukan Pemuda 2013 kawasan Bukit Gelugor di Batu Uban.

Dalam majlis itu, seramai 420 golongan belia hadir sama bagi meraikan fiesta sukan itu sebelum bersiap sedia ‘berperang’ sebagai jentera menghadapi bahang pilihan raya nanti.

Antara acara yang diselitkan dalam program itu termasuk sepak takraw, badminton, serta unit bermotosikal kawasan Parlimen Bukit Gelugor.

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger