[TERKINI] : KEHADIRAN LUAR BIASA DI TANAH MERAH!!!

Thursday 21 February 20130 comments


KELANTAN, 21 Februari - Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Seri Prof. Dr. Ir. Sahol Abdul Hamid mengingatkan para pelajar UiTM supaya berkongsi ilmu dan menimba pengalaman dengan masyarakat setempat.

Beliau berkata demikian di hadapan 5,000 orang ketika merasmikan Program Sukarelawan Perdana UiTM 2013 di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing, Tanah Merah hari ini.

Jelasnya, program ini bertujuan untuk menyemai semangat kesukarelawan dalam kalangan mahasiswa untuk turun padang memberikan khidmat kepada masyarakat luar bandar.

"Dengan program ini, para mahasiswa dapat membuka mata mereka untuk melihat realiti kehidupan di luar kawasan atau zon selesa mahasiswa.

"Program ini juga sebagai sebuah platform dalam proses pembentukan nilai insan dan ihsan dalam diri setiap mahasiswa yang terlibat.

Program yang akan berlangsung selama tiga hari itu akan dijalankan di enam buah kampung di Machang, lapan buah kampung di Tanah Merah dan tujuh buah Jeli, Kelantan melibatkan 1,000 mahasiswa UiTM bermula hari ini.

Sahol turut meluangkan masa meluluskan beberapa permohonan ke UiTM dan beramah mesra bersama ibu bapa pelajar.

Laporan lengkap [klik sini]


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger