Kehadiran yang mendukacitakan telah membatalkan hasrat Rafizi Ramli dan Nurul Izzah yang sepatutnya hadir untuk berucap di dalam program itu.
Ahli parlimen Kuala Selangor, YB. Dr. Zulkifli Ahmad dan Exco negeri Selangor, YB. Rodziah Ismail terpaksa meneruskan program hambar itu dengan menyalahkan kerajaan Pusat berkenaan krisis air di Selangor.
Zulkifli dalam ucapannya memberitahu tindakan kerajaan Selangor tidak bekerjasama dalam Projek Langat 2 adalah kerana projek itu hanya menguntungkan kroni Barisan Nasional (BN). Beliau turut menuduh jika BN menang tarif air akan meningkat.