KERETA MISTERI GANGGU KONVOI #JelajahAnakMalaysia

Friday, 1 February 20130 comments


Jelajah Anak Malaysia membabitkan 170 peserta anjuran Gabungan Generasi Muda (G2M), memulakan konvoinya hari ini. Kumpulan itu telah bertolak dari Kem Bina Negara Tanjung Rhu, Sepang pada jam 8.00 pagi tadi dengan diiringi oleh Unit Trafik Bukit Aman.

Kumpulan konvoi akan berpecah dua untuk menuju ke lokasi masing-masing.

Namun ketika sedang perjalanan, sebuah kereta Myvi cuba mengganggu kumpulan konvoi dengan mencelah di antara barisan kereta. Tindakan itu menyebabakan konvoi hampir berpecah.

Walaupun beberapa kali telah diarahkan untuk keluar dari barisan konvoi oleh pihak 'Marshal', pemandu itu tetap berdegil dan tetap berada di dalam barisan konvoi.

Itulah antara ragam dan cerita di hari pertama program Jelajah Anak Malaysia.  Berita menyusul.
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger