[WANTED] : INI DIA WAJAH ANGGOTA PPS YANG PUKUL WARTAWAN!

Saturday 5 January 20130 comments


GEORGETOWN - Anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS), Lim Ah Chye (gambar,kiri), 52, didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah memukul wartawan akhbar Cina.

Majistret Norhayati Ibrahim memerintahkan tertuduh didenda RM1,000 atau penjara satu bulan untuk tuduhan pertama kerana menyebabkan kecederaan Ang Kean Siang, 32, pada 30 Disember lepas pada 1.40 pagi.

Tertuduh juga didenda RM2,000 atau penjara dua bulan untuk tuduhan kedua kerana dengan niat telah memyebabkan kerugian mangsa sebanyak RM1,200.

Ah Chye didakwa melakukan kedua-dua tuduhan itu di hadapan kontena PPS di Lorong Perak ketika mangsa membuat liputan mengenai kejadian seorang wanita ditemui mati di pangsapuri di Jalan Perak di sini.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Raya Mohd Khairul Fairoz manakala Ah Chye diwakili peguam Sukhindarpal Singh. - Bernama
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger