[KANTOI] : PEMIMPIN PAS DITANGKAP SOKONG AGAMA LAIN GUNA KALIMAH ALLAH

Saturday 5 January 20131comments


BUTTERWORTH - Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) mendakwa Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof Rawa secara peribadi pernah menyuarakan sokongan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh agama lain.

Pengerusinya, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, beliau mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video bersabit perkara itu, ketika Mujahid menyertai dialog agama di sebuah gereja di Seberang Perai, dua tahun lalu.

Sehubungan itu, Mohamed Hafiz berkata JMPP mahu Mujahid membuat kenyataan rasmi sama ada mengakui atau menafikan dakwaan itu.

“Ketika itu, isu ini baru tercetus sebelum dibangkitkan semula oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini.

“Jika Mujahid nafikan, saya akan dedahkan bukti video yang menunjukkan pengakuan beliau secara peribadi menyokong penggunaan kalimah Allah oleh agama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melancarkan 'Skuad Mencari Guan Eng' di Masjid Kapitan Keling, di sini hari ini selepas solat Jumaat.

Menurut Mohamed Hafiz, perkara itu sangat mendukacitakan kerana Mujahid menyuarakan pandangannya ketika masih memegang jawatan dalam PAS Pusat tetapi memberikan takrifan seolah-olah PAS sebagai parti Islam menyokong kalimah Allah digunakan oleh agama lain.

“Ini memberikan gambaran bahawa Mujahid terlibat dalam usaha DAP untuk memudahkan (penggunaan) kalimah Allah dalam kitab Bible di Semenanjung Malaysia.

“Pada masa sama, kami juga kesal kerana beliau sebagai seorang ustaz yang diberi kepercayaan oleh ahli PAS peringkat akar umbi serta Ahli Parlimen yang mewakili umat Islam di kawasannya tetapi bertindak menyuarakan perkara yang sungguh mengguris hati umat Islam di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Hafiz berkata, pihaknya akan mengumpul sebanyak mungkin tandatangan bagi membantah gesaan Guan Eng supaya kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kita Bible sepertimana di Sabah dan Sarawak.

“Selepas itu, kami akan kumpulkan tandatangan bersama lebih 25 laporan polis yang telah dibuat di negeri ini sebelum ke Kuala Lumpur bagi menyerahkan bantahan ini kepada Ketua Polis Negara.

“Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana Guan Eng telah mencetuskan kontroversi agama dan bukannya kontroversi politik,” katanya.

Share this article :

+ comments + 1 comments

5 January 2013 at 23:16

Memang gejala disebalik gatal mulut datang lewat sikit kadang-kadang bertahun selepas celupar mulut atau gelojoh minda. Hadi dah kafirkan ramai orang Melayu.

Bab kalimah Allah ini, esuk jangan ada anak-anak Melayu Islam terbaca risalah "Allah ada anak, namanya Isa atau Jesus". Waktu itu Mamat celupar mulut dan gelojoh akal minda peduli apa....

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger