Sebagaimana saya katakan dalam artikel sebelum bahawa pusingan pertama pendengaran awam Suruhanjaya di Raja (RCI) di Mahkamah Tinggi Sabah sepanjang 5 hari dengan keterangan dari 29 orang saksi, ianya telah menimbulkan lebih banyak persoalan.
Reaksi gelabah Azmin Ali yang cuba 'menyingkirkan' nama Anwar Ibrahim dalam 'Projek IC' juga menimbulkan tanya-tanya. Menurut Azmin Ali ada pihak yang akan mengaitkan Anwar Ibrahim dalam projek tersebut walaupun keterangan dari 29 orang saksi sepanjang pusing pertama RCI, tiada seorang pun mengaitkan Anwar Ibrahim.
Pihak manakah yang dimaksudkan oleh Azmin Ali akan mengaitkan Anwar Ibrahim dalam 'projek IC' tersebut?
Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu menyusuri kronologi 'Projek IC' walaupun sehingga ke hari ini tiada satu senarai nama dan nombor IC yang dituduh dipalsukan dikemukakan sebagai bukti.
Jangan Kita Lupa 'Gagasan Sabah Baru'
Lim Kit Siang mengkritik Anwar Ibrahim dan BN pada 15 Februari 1994 kerana memberi janji dan harapan palsu kepada rakyat negeri Sabah antara janji yang dipertikaikan oleh Kit Siang adalah 'BN akan membasmi kemiskinan di Sabah dalam masa 6 tahun.
Untuk rekod sebelum itu dalam tahun 1990 - PBS telah memenangi 25 kerusi, manakala BN 23 kerusi, selepas itu PBS meninggalkan BN dengan menyertai Gagasan Rakyat yang dianggotai oleh Semangat 46 dan DAP.
Selepas insiden lompat-melompat, PBS hanya tinggal 3 orang wakil rakyat iaitu Maxismus Ongkili, Joseph Pairin dan Datu Amirkahar Tun Datu Mustapha.
Tahun 1990 hingga 1994 merupakan tahun yang dikatakan wujudnya 'Projek IC' untuk memenangkan BN di Sabah oleh beberapa saksi yang memberi keterangan dalam prosiding RCI.
Individu yang memainkan peranan penting dalam kejayaan BN dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri di Sabah tahun 1994 adalah Anwar Ibrahim.
"beliau (Anwar) seorang amat berkuasa dan tahu apa yang berlaku di Sabah". -Datuk Seri Salleh Said Keruak
PBS Kaitkan Anwar Ibrahim
Siapakah yang mengaitkan Anwar Ibrahim dalam 'Projek IC', adakah ia benar-benar berlaku atas restu pemimpin kerajaan atau ia sekadar teori yang dimainkan oleh pembangkang?
Selain Mutalib, Dr. Cheong Eng Leong (bekas pemimpin PBS kini AJK PKR)merupakan individu yang mensensasikan teori 'Projek IC' ini dengan mengatakan ia wujud untuk menangkan UMNO di Sabah melalui buku Lest We Forget yang dihasilkan sekitar 2006, menariknya antara individu yang dikatakan terlibat dalam 'Projek IC' adalah Anwar Ibrahim sendiri.
Melalui laporan malaysiakini di atas, bukankah menunjukkan Anwar Ibrahim juga dikaitkan dengan 'Projek IC' yang mana isu ini beliau jadikan sebagai modal untuk menghentam kerajaan?
Pada awalnya Anwar Ibrahim percaya bahawa kerajaan tidak akan menubuhkan atau menyiasat sepenuhnya hal ini kerana melibatkan Kementerian Dalam Negeri. Tetapi jangkaan Anwar Ibrahim nampaknya meleset, ternyata PM benar-benar mahu satu siasatan menyeluruh dalam kes 'Projek IC'.
Mungkin kerana terlalu prihatin dengan kehendak rakyat terutama anak Sabah, lebih-lebih lagi hasil inkuiri yang pernah dijalankan pada Februari 1997 oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen ke atas sejumlah penjawat awam yang ditahan bawah ISA tidak pernah didedahkan kepada umum.
Maka PM DS Najib Tun Razak bertindak drastik menubuhkan RCI sekaligus menepati konsep tranformasi yang dilaungkan.
Tahun 1997 merupakan era Anwar Ibrahim masih berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri, waktu itu juga inkuiri tersebut menyaksikan keengganan pegawai JPN untuk hadir beri keterangan.
Satu lagi persoalan timbul, kenapa ketika Anwar Ibrahim berkuasa hasil inkuiri yang dijalankan tahun 1997 tidak didedahkan kepada umum?
Adakah puak pembangkang sedar perkara ini?
Bukan sekali, bukan dua kali bahkan sudah berkali-kali 'Projek IC' timbul. Bermula 'Projek IC 60an, Projek IC 80 an hinggalah Projek IC 90 an' tiada satu bukti atau senarai nama yang dikemukakan.
Sebaliknya peristiwa dan kisah 'Projek IC' ini berkisar kepada 'hear-say' sebagaimana saya katakan sebelum ini, isu ini hanya menjadi panas setiap kali tibanya Pilihan Raya Umum.
Satu paparan dari tahun 2008 menjelang Pilihan Raya Umum saya pertontonkan kepada saudara.
Sebagai penutup untuk episod ini, jika pembangkang mendesak Tun Mahathir disepina supaya hadir memberi keterangan berhubung isu ini.
Wajarlah Anwar Ibrahim juga turut disepina kerana beliau merupakan pencatur kemenangan Pilihan Raya Undangan Negeri Sabah tahun 1994.