Sambil menyatakan Malaysia bersedia melakukan apa juga cara bagi menjayakan usaha itu, Perdana Menteri berkata, tawaran tersebut atas keyakinan hanya melalui perpaduan sahaja keamanan dan kemakmuran akan tercapai.
Menurut Najib, hasrat Malaysia itu juga berdasarkan kepada pengalaman menjadi orang tengah bagi melaksanakan rundingan damai di Selatan Filipina yang dilanda perang saudara sejak 40 tahun lalu.
Melalui dialog, ujar beliau, rundingan dan perdamaian, akar permasalahan yang mencetuskan konflik berjaya ditamatkan sehingga membolehkan usaha mewujudkan perdamaian dilakukan di sebuah rantau yang sepanjang masa hanya berperang.
Gambar di atas menunjukkan Perdana Menteri bersama bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa berdoa bersama Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh di hadapan bangkai kereta almarhum Ahmed Al-Jaabari yang terkorban akibat dibom tentera Israel.
Selanjutnya, [klik sini]