PANAS! HARON DIN TUNGGU GILIRAN DIPECAT?

Wednesday 30 January 20130 comments


KUALA TERENGGANU - Selepas bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipecat daripada Majlis Syura Ulama Pas beberapa lagi pemimpin tertinggi parti itu diyakini bakal menerima nasib serupa kerana sering mempertikaikan keputusan parti.

Bekas aktivis Pas, Zainon Ismail berkata, beliau percaya tindakan serupa juga akan dikenakan terhadap Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din.

Beliau yang turut dikenali dengan nama C.N.Al-Afghani berkata, Haron sebelum ini merupakan antara pemimpin Pas yang lantang mengkritik kesediaan parti itu membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada agama-agama lain di negara ini.

"Saya yakin ada lagi. Selepas Ustaz Nasha, saya yakin sesiapa sahaja dalam kalangan pemimpin Pas akan dipecat jika mempertikaikan kerjasama dengan DAP dan isu kalimah Allah," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri program Diskusi Dilema dan Ranjau Perjuagan Islam di Malaysia di Stadium Negeri, di sini hari ini.

Menurut Zainon, beliau tidak menolak kemungkinan Haron berada dalam senarai dipecat kerana dianggap mempunyai pendirian selari dengan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang boleh merugikan pakatan haram.

Beliau berkata, tindakan terbaru terhadap Nasharuddin itu memberi gambaran sesiapa sahaja dalam Pas sama ada pemimpin atau ahli parti tersebut tidak berhak mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan parti.

"Apabila keputusan dibuat, bagi mereka (pemimpin parti) keputusan itu betul, tepat dan tidak boleh dipertikaikan.

"Kalau sesiapa pertikai, mereka juga berada dalam kedudukan tidak selamat," jelasnya.
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger