GANGNAM CEMAR THAIPUSSAM!

Tuesday 29 January 20130 comments


SHAH ALAM - Ribuan penganut Hindu merakamkan rasa kesal dengan segelintir pemuda dan pembawa kavadi menari pada rentak lagu Gangnam Style pada sambutan Thaipusam di Pulau Pinang Sabtu lalu.

Klip video tindakan pembawa kavadi dan rakan-rakannya dipaparkan dalam youtube. Setakat ini ia mencatat lebih 7,000 hits, rata-rata daripada penganut Hindu yang menzahirkan rasa dukacita terhadap insiden.

Mereka menganggap tindakan itu mengaibkan perayaan Thaipusam sebagai sebuah acara keagamaan untuk menebus dosa dan memenuhi nazar.

Klip video 46 saat itu menunjukkan pembawa kavadi dan rakan-rakannya ligat menari pada lagu Gangnam Style yang mendapat sambutan luar biasa diseluruh dunia.

Lagu penyanyi pop Korea Selatan pop Psy’s mencatat lebih 1 billion hit, menjadikan ia video paling laris dalam youtube.

Mengulas gelagat pembawa kavadi dan kawan-kawannya itu, seorang penganut Hindu Thinagaran Hari Raja berkata insiden itu mencemar kesucian Thaipusam.

Presiden Malaysia Hindu Sangam (MHS) RS Mohan Shan berkata insiden itu amat memalukan masyarakat India.

“Generasi yang ada sekarang tidak memahami asas agama. Ada yang datang ke Thaipusam hanya untuk bersuka-suka dan mempersenda pihak lain,” kata beliau.

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger