Menurut sumber, elaun yang diperuntukkan sepatutnya adalah RM50.00. Namun tidak tahu ke mana hilangnya lagi RM10.00.
Jumlah elaun tersebut dikhususkan kepada penyokong dan ahli Pas dari Selangor.
Oleh itu, peserta dari Selangor wajib menuntut wang elaun seperti yang diperuntukkan. Elaun boleh dituntut dari pegawai penyelaras di setiap bahagian yang ditugaskan untuk menguruskan peserta ke perhimpunan itu.
Sebelum ini, kerajaan Selangor didakwa telah memperuntukkan RM100,000 kepada peserta perhimpunan Shamsidar dari Selangor.
Namun peruntukkan tersebut hanya diluluskan selepas tamat perhimpunan. Oleh itu, ADUN dan ahli parlimen pakatan haram di Selangor dikatakan akan mendahulukan wang mereka.