MANA LIM GUAN ENG KETIKA MAJLIS PERSATUAN KELUARGA LIM DI SHAH ALAM MALAM TADI?

Saturday 12 January 20130 comments




SHAH ALAM - Seramai lebih 2000 orang hadir di Majlis Makan Malam Persekutuan Kaum Keluarga Lim Malaysia di Shah Alam Convention Center malam tadi.

Program yang dianjurkan sendiri oleh Persatuan Keluarga Lim Malaysia telah dihadiri oleh Perdana Menteri dan para pemimpin Barisan Nasional (BN) Selangor.

Turut hadir memeriahkan majlis makan malam adalah wakil persatuan pemandu bas sekolah dan pemandu lori.

Lim Guan Eng yang juga ahli persatuan tidak hadir pada majlis makan malam itu. Perdana Menteri sendiri telah bersetuju dan mengalukan kedatangan Guan Eng selepas dimaklumkan pihak penganjur.

Namun Guan Eng telah memboikot majlis itu hanya kerana pihak penganjur enggan memberi ruang kepadanya untuk berucap dalam majlis itu.

Persatuan Lim ditubuhkan di Malaysia adalah untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan dalam transformasi ekonomi dalam memperbanyakkan peluang perniagaan.

Sebelum ini, Persatuan Usahawan Wanita Cina Malaysia yang baru dirasmikan oleh Perdana Menteri telah berjaya melahirkan lebih dua ribu usahawan wanita cina.

Dalam ucapan oleh Perdana Menteri, kerajaan memperuntukkan RM30 juta untuk program mikrokredit kepada usahawan wanita cina bagi meningkatkan ekonomi kaum itu.

Beliau turut berkata, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan pembiayaan mikrokredit akan tetap diteruskan tanpa mengira fahaman politik walaupun kaum cina cenderung menyokong pakatan haram.

Selain itu menurut Perdana Menteri, sekolah cina akan terus dibantu oleh kerajaan seperti sekolah-sekolah lain dalam usaha mempertingkatkan mutu pendidikan di Malaysia.

Di akhir program, Perdana Menteri menyerahkan cek bernilai RM30,000 kepada setiap usahawan baru yang terlibat dalam program mikrokredit.


mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger