Kehadiran hampir 200,000 pengunjung pelbagai kaum membuktikan sokongan rakyat terhadap penganjuran Karnival Sayangi Selangor yang menutup tirainya malam tadi.
Walaupun ada cakap-cakap yang mengandaikan Karnival Sayangi Selangor tidak mendapat sambutan, kehadiran luar biasa pengunjung dari pelbagai kaum pada semalam membuktikan sebaliknya.
Kehadiran YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memeriahkan lagi sambutan ambang tahun baru 2013.
Sebaik tiba pada jam 10.45 malam, Muhyiddin bersama isteri beramah-mesra dengan pengunjung, peniaga dan petugas pameran sebelum mewakili Perdana Menteri melakukan pengiraan detik tahun baru.
Sebelum itu dalam ucapannya, beliau menggesa rakyat Selangor yang selama ini terpedaya dengan dakyah dan janji kerajaan pakatan haram, supaya memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Muhyiddin berkata BN sebaliknya telah membuktikan pengalaman dalam mentadbir negara, sekali gus memastikan ekonomi negara terus berkembang.
"Yang sering kita dengar masalah dan isu yang banyak sekali, pertelingkahan politik berlarutan dalam kalangan pakatan pembangkang," katanya semasa berucap pada penutup Karnival Sayangi Selangor anjuran BN Selangor di sini malam tadi.
Laporan selanjutanya - Media Shah Alam
mimr