[PANAS] : TINDAKAN KEJAM MDKL SUNGGUH MEMALUKAN!!!

Monday 31 December 20120 comments



GELOMBANG kebangkitan rakyat menyokong Barisan Nasional (BN) tidak boleh disorok lagi. Rakyat di Selangor sudah mula menunjukkan sokongan secara terang-terangan terhadap transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiap acara yang dianjurkan oleh BN Selangor pasti mendapat sambutan. Karnival Sayangi Selangor adalah buktinya apabila ratusan ribu rakyat Selangor telah hadir di sepanjang karnival berlangsung.

Menjelang tahun baru 2013 malam ini, sudah pasti pelbagai acara telah diatur bagi meraikan hari bersejarah itu.

Tahun 2013 bakal menjadi harapan rakyat Selangor yang mahukan keadaan lebih baik selepas menjadi mangsa penipuan pakatan haram sebelum ini.

Kesedaran rakyat membuatkan pakatan haram kecut telur untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Segala aktiviti dan program BN pasti mahu disabotaj.

Ini dibuktikan dengan tindakan kejam oleh Majlis Daerah Kuala Langat yang bertindak menghalang Sambutan Ambang Tahun Baru 2013 yang dijadualkan akan berlangsung di kawasan letak kerata AIM Point Sungai Emas, Banting, malam ini.

Majlis sambutan yang dianjurkan oleh MAYC dihalang berikutan penglibatan NGO 1M4U yang dikatakan punya logo 1 Malaysia. Wajarkah tindakan yang dilakukan oleh MDKL? Kenapa baru sekarang dihalang selepas persiapan sambutan telah dilakuan?


Selanjutnya, [klik sini]


mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger