[SKANDAL PASIR] : 2 EJEN UMNO PUNCA CEO KSSB DIGANTUNG!!?

Monday 17 December 20120 comments


SHAH ALAM - Syarikat perlombongan pasir negeri Selangor terus bergolak. Terbaru, Wan Abdul Halim (gambar), Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB), diarahkan bercuti untuk memberi ruang kepada syarikat menjalankan siasatan berhubung kaitan terima rasuah dari syarikat kontraktor.

Walau bagaimanapun, Wan Abdul Halim dikatakan telah menjadi mangsa konspirasi oleh orang-orang dalam Menteri Besar Incorperated (MBI) yang mahu beliau disingkirkan kerana kurang bekerjasama dalam hal-hal yang tidak diberitahu.

Sedangkan, sumber berkata, Wan Abdul Halim punya hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim kerana merupakan rakan ketika belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Anwar Ibrahim banyak melantik sahabat-sahabatnya yang merupakan alumni MCKK untuk memegang jawatan-jawatan penting di dalam anak-anak syarikat kerajaan Selangor .

Anwar Ibrahim turut berperanan melantik Wan Abdul Halim sebagai CEO KSSB kononnya bagi memulihkan urusan syarikat yang teruk dibelenggu dengan masalah dan pecah amanah sebelum ini.

Namun timbul kecurigaan, apabila Ahli Lembaga Pengarah KSSB tidak melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebaliknya telah melantik syarikat luar untuk menjalankan siasatan.

Tindakan Ahli Lembaga Pengarah menguatkan lagi spekulasi bahawa memang wujud konspirasi untuk menjatuhkan Wan Abdul Halim.

Lebih menarik, individu-individu yang dilihat pro kepada Anwar Ibrahim di dalam syarikat dikatakan bakal menerima nasib yang sama seperti Wan Abdul Halim.

Lebih memanaskan, wujud campur tangan seorang exco kerajaan Selangor yang juga Ahli Lembaga Pengarah KSSB terlibat mengatur konspirasi itu.

Exco itu telah melantik kroni dan rakan baiknya sebagai pengganti sementara (temporary) kepada Wan Abdul Halim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KSSB.

Sumber yang juga bekas staf KSSB memberitahu, terdapat banyak kem dan kroni mewakili pemimpin-pemimpin pakatan haram di dalam syarikat itu.

Penulis diberitahu bahawa konspirasi ini ada kaitan dengan usaha menyelewengkan duit syarikat bagi tujuan dijadikan dana pilihan raya akan datang.

Betulkah ada ejen UMNO yang terlibat ??? 


Bersambung...



mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger