INI DIA WAJAH PSYCO YANG BUNUH 28 ORANG!!!

Monday 17 December 20120 comments


Namanya adalah Adam Lanza dan berumur 20 tahun.

Dia adalah suspek pembunuhan beramai-ramai apabila bertindak menembak secara rambang di Sandy Hook Elementary School di Connecticut, Amerika Syarikat.

Dia menggunakan sejenis 'assault riffle' yang mampu memuntahkan sebutir peluru sesaat. Selain itu, Lanza dipercayai membawa lebih dari sebuah senjata ketika serangan itu. Antaranya handgun jenis Glock dan Sig Sauer.

Akibatnya, seramai 28 orang pelajar dan tenaga kerja Sandy Hook Elementary School terbunuh dalam tragedi itu.

Antara mangsa adalah enam orang pelajar berumur 6 tahun, empat lagi mangsa berumur 7 tahun dan beberapa lagi kakitangan dewasa serta pelajar sekolah berkenaan.

Lanza disifatkan ramai sebagai seorang yang amat terganggu fikirannya dan boleh mengamuk tanpa sebab. Dia sering dijauhi oleh rakan-rakannya kerana disifatkan sebagai bom jangka.

Lanza mengidap 'Sindrom Asperger's' atau kecelaruan personaliti.

Salah seorang jirannya dalam Twiiter berkata, yang beliau menyedari Lanza tidak berapa waras sejak usianya lima tahun.

Lanza membunuh ibunya, Nancy terlebih dahulu sebelum memandu ke sekolah berkenaan dan membunuh puluhan yang lain.

Senjata otomatik yang digunakan itu dikatakan milik ibunya yang dipercayai turut mengajar anaknya cara-cara menembak.

Keluarga Lanza dikatakan kerap ke lapang sasar bersama untuk latihan menembak.

Dalam kejadian itu, Lanza telah membunuh dirinya sendiri dengan salah satu senjata yang dibawanya.

Nancy, ibu kepadan Adam Lanza, suspek pembunuhan beramai-ramai

Sandy Hook Elementary School, lokasi kejadian.


mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger