TERKINI!!! 75,000 TENTERA ISRAEL SIAP SEDIA UNTUK SERANG GAZA!!! #SAVEGAZA

Thursday, 22 November 20120 comments



Israel nampaknya tengah bersiap untuk melancarkan serangan darat pertamanya ke wilayah Tebing Gaza.

Tentera Israel saat ini sudah menutup semua jalan utama di sekitar Gaza dan menetapkan semua kawasan itu sebagai kawasan larangan.

Langkah ini menyusul selepas keputusan Israel yang mempersiapkan  75,000 tentera beberapa jam setelah Hamas mengatakan telah melancar roket ke Jerusalem dan satu roket lainnya yang jatuh ke pesisir Tel Aviv.

Namun keputusan untuk menyerang Gaza dengan kekuatan tentera darat Israel belum dimuktamadkan. Ketika ini seramai 16,000 anggota tentera sudah bertugas aktif, sementara itu kereta kebal dan meriam-meriam sudah diposisikan di berbagai lokasi sekitar Tebing Gaza.

Namun, tindakan Israel yang siap siaga dengan jentera tempur tidak menggentarkan Hamas dan mereka telah bersumpah untuk meneruskan konfrontasi dengan Israel.

Menurut pemerhati, Israel tidak akan mengambil risiko menguasai kembali Gaza kerana bakal menimbulkan korban besar dan kecaman luar biasa dari seluruh dunia.
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger