Presiden Kumpulan FGV, Datuk Sabri Ahmad menegaskan, saham FGV adalah mematuhi syariah meskipun Genting memutuskan untuk menjadi pemegang saham FGV pada masa depan.
Majlis Syariah telah mengesahkan mengenai status halal saham FGV.
Kalaupun Genting mahu memiliki saham FGV, saham itu tetap berstatus halal kerana mengambil kira Genting yang melabur dalam FGV dan bukan FGV yang membeli atau memiliki saham-saham Genting," kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal pembangkang tentang kenyataan seorang Ahli Parlimen yang mempertikaikan pemberian satu juta saham FGV kepada pihak yang tidak berkaitan.
mimr