MENYESAL TAK DATANG!!! 5 TOKOH HEBAT DI HIMPUNAN BARISAN 1MALAYSIA!!!

Friday 23 November 20120 comments


SHAH ALAM - Lima tokoh akademik dan aktivis masyarakat akan berkongsi pandangan mengenai dasar negara pada Himpunan Barisan 1Malaysia di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu ini.

Menurut Pengerusi Sekretariat Himpunan Barisan 1Malaysia Datuk Ahmad Maslan berkata mereka masing-masing mewakili bidang sosial, ekonomi, pendidikan, agama, dan isumasa depan rakyat.

Katanya, mereka terdiri daripada Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin; Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian; naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.

Presiden International Movement For A Just World (JUST) Prof Dr Chandra Muzaffar; dan pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka turut hadir pada perhimpunan berkenaan.

Mereka yang berminat boleh menghubungi sekretariat himpunan berkenaan ditalian 03-40482666 atau 03-40429511.

mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger