Sabtu, 24 November. Hampir 2000 orang ibu-ibu tunggal seluruh Negeri Selangor telah berkumpul di hadapan pejabat Menteri Besar Selangor menuntut supaya Kerajaan Negeri menunaikan janji manifesto mereka pada PRU-12 yang lalu. Menurut manifesto PKR tersebut, mereka dengan jelas menjanjikan elaun bagi ibu-ibu tunggal yang layak. Namun begitu, janji hanya tinggal janji sahaja. Pintu pagar Bangunan SAAS yang kononnya terbuka kepada rakyat hari ini dikunci. Ibu-ibu tunggal ini yang juga rakyat negeri Selangor dinafikan hak mereka untuk berjumpa Menteri Besar. Selepas hampir 2 jam berdiri di luar pintu pagar, akhirnya Khalid Ibrahim menghantar Exco Wanita Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail. Nampaknya Khalid tidak berani untuk berjumpa ibu-ibu tunggal, rakyat beliau sendiri!Namun begitu, Rodziah memberikan satu penjelasan yang didapati amat tidak memuaskan hati semua pihak. Manakan tidak, beliau memanipulasikan manifesto yang PKR sendiri zahirkan semasa PRU-12 yang lepas.
Saksikan Video Rodziah Ismail
Kenyataan belia yang penuh putar belit..
Menurut beliau, janji 'Elaun untuk ibu-ibu tunggal seluruh negeri Selangor yang layak' tidak semestinya berbentuk kewangan. Ia adalah satu jenis peruntukan yang mungkin disalurkan melalui pelbagai cara. Kemudian beliau mendakwa bahawa pihak beliau tidak mempunyai data ibu-ibu tunggal Negeri Selangor, dan ibu tunggal inilah yang bertanggung jawab untuk memberikan data tersebut kepada beliau!
Apakah selama hampir 5 tahun memerintah Negeri Selangor ini, beliau selaku Exco Wanita pula tidak mempunyai sebarang data yang boleh digunakan? Makan gaji butakah beliau ini!? Tidak pernah turun padangkah beliau ini!? Kemudian tentang isu elaun bukan berbentuk kewangan adalah satu lagi jenis penipuan yang maha dasyat. Apabila menyebut elaun, sudah tentu terlintas di kepala setiap manusia yang ada di atas muka bumi ini ia haruslah berbentuk wang ringgit. Namun, Rodziah menjelaskan bahawa elaun tersebut mungkin melalui peruntukan-peruntukan lain yang tidak diketahui ole setiap ibu tunggal yang hadir!
Adakah ini satu penipuan yang sangat teruk oleh Exco Negeri Selangor ini!
Kononnya Kerajaan Negeri Selangor ini amat berjaya dalam menguruskan kewangan negeri sehingga mendapat hasil RM 2.4 Billion pada tahun 2012. Bilangan ibu tunggal di Selangor ada lebih kurang 27,000 orang, maka sekiranya diberikan elaun sebanyak RM 500 secara 'one-off' sekali pun, Kerajaan Negeri akan mengeluarkan RM 13.5 Juta sahaja.Tidak terjejaspun angka hasil yang kononnya RM 2.4 Billion ataupun RM 2,400 juta tersebut. Melainkan sekiranya angka tersebut hanyalah di atas kertas sahaja dan bukannya pegangan sebenar.
Dalam isu Talam pula, Khalid boleh mengeluarkan RM 392 juta, inikan pula RM 13.5 juta.
Maka benarlah bahawa Kerajaan PKR pimpinan Khalid Ibrahim bukanlah untuk berkhidmat kepada rakyat, tetapi untuk diri sendiri.
Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!
sumber dari http://teamediaselangor.blogspot.com