Selaku kerajaan semasa, Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah selama 55 tahun tidak boleh membiarkan fenomena itu berlaku.
Malaysia kini maju di atas acuannya sendiri. Setelah kemajuan ini dicapailah, maka semua pihak mengidamkannya.
Jika Malaysia terus mundur, seperti di sesetengah negara maka tiada siapa yang mahukannya.
Malaysia ialah negara Islam progresif. Ia berada dalam kawasan strategik kelautan.
Ia juga dianugerahkan dengan suasana geografi yang baik. Ia bebas daripada gempa, puting beliung dan malapetaka lain.
Pendek kata, Malaysia terlalu sempurna. Ia juga mempunyai komposisi penduduk yang pelbagai. Kuala Lumpur kini telah menjadi kota kosmopolitan. Ia dihuni penduduk seluruh dunia.
Itu pasal beberapa pihak asing mahu menaja NGO pro-Pakatan Haram tempatan menumbangkan kerajaan ini.
Perkembangan ini penulis lihat sudah lama berlaku. Persoalannya mengapa kita leka? Mengapa kita tidak bertindak? Mengapa kita membiarkan gerakan jahat ini bermaharajalela?
Adakah kita ini terlalu baik dan enggan mengambil tindakan, walaupun ia boleh mengancam sistem pemerintahan kita?
Apakah kita selama ini terlalu selesa dan menganggap kerajaan ini tidak boleh diganggu-gugat?
Ayuh, bangkitlah. Selagi kita berkuasa gunakanlah kuasa itu.
mimr