Anwar menjadi Perdana Menteri, Wan Azizah selaku Presiden PKR, Menteri di Jabatan Perdana Menteri manakala Nurul Izzah, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Gabungan tiga beranak itu pasti menjadi rekod dunia.
Namun belum pun menang pilihan raya, kecenderungan melantik anggota keluarga sendiri cukup nyata. Tiga pemimpin kanan pakatan pembangkang iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu pula diketepikan.
Jika benar senarai itu dikeluarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Batu Tiga, Shuhaimi Shafiei seperti didakwa oleh blog terbabit, ia suatu gambaran malang kepada Pakatan Haram sendiri.
Bagi Penulis, siapa juga yang dinamakan dalam senarai Kabinet bayangan itu, ia tidak boleh menjanjikan perpaduan sesama mereka.
Ini kerana dasar parti-parti terbabit jauh berbeza serta saling bercanggah. Sekadar contoh, semua tahu pendirian Pas dan DAP mengenai isu-isu tertentu yang melibatkan dasar perjuangan masing-masing.
Oleh itu, Penulis percaya banyak pihak yang melihat kombinasi Kabinet bayangan ini, tidak yakin dengan kombinasi tersebut, seperti mana Penulis tidak yakin dengan perjuangan Pakatan Haram.
Maka Kabinet bayangan itu, jika benar ia ciptaan Pakatan Haram atau elemen dalam pakatan itu, tidak lebih daripada cerminan angan-angan dan kerakusan Pakatan Haram untuk berkuasa.

mimr