EKSKLUSIF!!! PEMBONGKARAN PENYELEWENGAN MAHA DAHSYAT OLEH KERAJAAN SELANGOR!!!

Friday, 26 October 20120 comments


Sambungan dari SIRI 1 (klik) yang lalu, kami telah paparkan bahawa Ilham Marzuki, pengurus besar Yayasan Selangor telah menghantar sekumpulan pengawal keselamatan ke dalam tanah pajakan yang diberi kepada AGRO SEGAR SDN BHD dan ALAF GIGIH SDN BHD di Pulau Carey, Kuala Langat bagi menghalau para pekerja AGRO dan ALAF dari tanah tersebut seterusnya merampas kedudukan aset dan premis AGRO dan ALAF.

Benar, Ilham Marzuki telah menghantar sepasukan pengawal keselamatan ke dalam tanah di atas dan Ismail Abdul Rahman selaku pengurus ladang bagi pihak AGRO telah membuat satu laporan polis berkaitan insiden tersebut.

Namun, siasatan yang TMS lakukan mendapati bahawa Ilham Marzuki telah mendapatkan perintah mahkamah secara "EX-PARTE" bagi mengambil alih semula kedudukan AGRO dan ALAF atas alasan-alasan seperti yang dipohon dan dibenarkan oleh mahkamah.

Namun perlu diingat, bahawa perintah interim yang diberikan oleh mahkamah kepada Yayasan Selangor adalah bersifat sementara dan satu pihak.




AGRO mahupun ALAF berhak untuk membuat pencelahan secara "INTER-PARTE" dan mahkamah akan mendengar pula hujah yang bakal dikemukakan oleh pihak mencelah pada 30hb Oktober (Selasa) nanti.

Apakah penyebab kepada kesungguhan Yayasan Selangor di bawah tadbir Ilham Marzuki selaku pengurus besarnya bersungguh-sungguh mahu menghambat keluar AGRO dan ALAF? Menjadi satu tanda tanya yang besar.


Benarkah seperti telahan sahabat blogger TMS, Jawa Bernam bahawa tanah berkepentingan di Pulau Carey tersebut bakal diberikan kepada YB Elizabeth Wong, exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar negeri Selangor sebagaimana tanah di Klang milikan Yayasan Selangor yang berharga jutaan ringgit bakal diberikan kepada beliau kononnya bagi tujuan mendirikan pusat kebudayaan kaum Cina?

Jika benar, apakah kaitan Elizabeth Wong dengan TRILINK CONSTRUCTION SDN BHD yang bakal menggantikan AGRO dan ALAF dalam membangunkan tanah milik Yayasan Selangor di Pulau Carey tersebut?




Lebih misteri, apa pula kaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam urusan menghalau AGRO dan ALAF, seterusnya memberi 'big favor' kepada TRILINK sehingga setiap surat-menyurat dalam urusan berkaitan untuk mendapatkan tanah berkepentingan Yayasan ini mesti tertulis nama Anwar Ibrahim di bahagian sisipan (salinan kepada atau c.c.) ???

Siapakah TRILINK yang bernilai bilion ringgit ini?

Dan bagaimana pula bakal nasib kaum asli terutama Mah Meri yang menduduki kawasan sekitar tanah tersebut?


mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger