CASSA AKAN DEDAH PENYELEWENGAN KONTRAK SAMPAH DI SELANGOR!!!

Saturday 27 October 20120 comments



SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) mendesak Kerajaan Selangor supaya membekukan tawaran kontrak pengutipan sampah berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pemberian kontrak kepada syarikat tertentu.


Jika tidak, Presidennya, Datuk Dr Jacob George menegaskan Cassa tidak teragak-agak mengadakan siri ceramah di setiap daerah di Selangor bagi mendedahkan kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan negeri.

Siri ceramah yang diadakan nanti mendedahkan kepada rakyat Selangor mengenai penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga menyebabkan rakyat diseret sama terutama dalam isu sampah. 

Beliau sebelum telah menyerahkan dokumen berkaitan penyelewengan kerajaan negeri terhadap pemberian kontrak pengutipan sampah di Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger