DEBAT: BAJET PUSAT VS BAJET PR MALAM INI!!!

Wednesday 10 October 20120 comments



SHAH ALAM - Wacana Sinar Harian Siri ke-14 malam ini bakal memberi ruang kepada rakyat mengupas bajet yang telah dibentangkan oleh Kerajaan Pusat dan bajet alternatif oleh Pakatan Haram.

Rakyat harus ambil peluang ini khususnya pengikut dan penyokong kedua-dua BN dan Pakatan Haram memperoleh gambaran menyeluruh mengenai bajet kali ini.

Wacana Sinar Harian kali ini akan mengupas topik berkaitan dengan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu.

Beberapa hari sebelum Bajet 2013 Kerajaan Pusat, Pakatan Haram pula mengumumkan bajet alternatif mereka.

Pertemuan kali ini, yang akan berlangsung mulai jam 8.30 malam dan mengetengahkan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara; Ahli Parlimen Kota Belud dari Umno-BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

Wacana kali ini akan dipengerusikan oleh Dr Maszlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Ia akan berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

Masuk adalah percuma dan mereka yang berminat boleh menghubungi Laila menerusi 019-3310211, Fazli (019-2808492) dan Rini (019-3371066) untuk keterangan lanjut.

mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger