PENJUALAN ARAK MASIH BERLELUASA DI SHAH ALAM! BUKTI @KHALIDSAMAD PENIPU!!!

Monday 24 September 20121comments



Al-kisah seorang sahabat Wak dari Shah Alam mengadu bahawa di kawasan petempatannya wujud sebuah kedai serbaneka semenjak Julai tahun ini yang menjual minuman keras. Rata-rata penduduk di situ majoritinya beragama Islam dan berbangsa Melayu.

Atas dasar tanggungjawab sebagai seorang Islam, sahabat Wak membuat laporan terus kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), namun jawapan pegawai tersebut benar-benar menghampakannya.

Menurut pegawai tersebut, mereka tidak boleh bertindak merampas minuman keras di kedai-kedai dalam kawasan majoriti Melayu lagi memandangkan kuasa pegawai JAIS telah dilumpuhkan semenjak Pengerusi Hal Ehwal Islam merangkap Exco Agama Islam Selangor diletakkan di bawah pentadbirah Menteri Besar Selangor.

Tidak berpuas hati, sahabat Wak turut mengajukan aduan kepada MBSA namun tiada tindakan susulan diambil walaupun telah beberapa kali laporan dibuat. Dan setiap kali laporan dibuat, jawapan sama diberikan; "Pihak kami akan lakukan siasatan"

Setelah puas aduan dilakukan kepada MBSA, sahabat ini membuat pula aduan kepada pejabat Ahli Majlis Shah Alam dan ke pejabat ADUN, namun sehingga ke tarikh ini tiada tindakan diambil.

Jika sebelum ini di kawasannya tidak pernah ada kedai serbaneka yang menjual arak, kini setelah pentadbiran Selangor diambil PR, wujud pula kedai sebegini.

Jadi dimanakah kebenaran dakwaan Khalid Samad bahawa kawasan majoriti Melayu di Shah Alam, tiada lagi penjualan arak? Atau adakah Khalid Samad berbohong demi menutupi keburukan yang berlaku di bawah pentadbiran Pakatan Haram di Selangor?


Wak Canang
Share this article :

+ comments + 1 comments

25 September 2012 at 10:14

Apa nak jadi dengan Shah Alam ni???

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger