Dalam serbuan dilaksanakan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)itu, 10 wanita warga Vietnam, enam pelanggan dan seorang pekerja dicekup.
Ketika serbuan, tukang urut warga asing terbabit dikatakan asyik memandikan pelanggan mereka dalam keadaan berbaring di dalam bilik mandi yang berada di setiap ruang dipisahkan dengan dinding.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Ahmad Hasan berkata, empat premis diperiksa, tiga daripadanya didapati mematuhi syarat dan notis dikeluarkan pihak majlis seminggu sebelum ini.
Katanya, pemantauan dilakukan setelah tempoh notis tamat bertujuan supaya pengusaha premis mematuhi syarat lesen.
Beliau berkata, serbuan ke atas sebuah premis pusat penjagaan kesihatan yang kononnya menjalankan perkhidmatan urutan mendapati pengusaha gagal mempamerkan lesen perniagaan sah.
“Kebiasaannya pengusaha hanya menawarkan kadar khidmat urutan sebanyak RM40 hingga RM50 tetapi premis ini menawarkan harga dari RM150.
“Pengusaha didapati menawarkan aktiviti mandi buih kepada pengunjung dalam keadaan berbogel,” katanya.
Pihaknya percaya wujud aktiviti pelacuran di premis itu dan kesemua ditahan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Sinar
mimr
+ comments + 3 comments
Bukan mahu menuduh. Namun pelik melihat kewujudan pusat urut semakin menjadi-jadi sejak Selangor diperintah Pakatan Rakyat.
Kerajaan negeri wajib ambil tindakan tegas dalam isu ini kerana jelas menjurus kepada kerosakan kerumpunan dan akhlak masyarakat.
Sebagai warga Shah Alam. Saya sangat bimbang akan fenomena ini yang sudah melanda Shah alam sejak akhir-akhir ini!
Saya juga yakin, seluruh warga Shah Alam tidak pernah terfikir akan wujudnya lambakan rumah urut di Shah Alam seperti sekarang!!!
Yang paling jelas, rumah urut dan hotel bajet serendah RM9.90 telah mengubah secara total wajah Shah Alam yang dulu dikenali sebagai badaraya Islam.
Oleh yang demikian, saya mengajak semua pembaca terutama warga Shah Alam supaya mendesak YB kita iaitu Khalid Samad agar menghentikan segala gejala tidak sihat di Shah Alam.
Sepatutnya, YB Khalid Samad sebagai seorang pemimpin dari parti Islam kena peka terhadap sensitiviti warga shah alam jika mahu terus dipilih sebagai wakil rakyat kelak!!!
Penulis mengalu-alukan komen dari sahabat pembaca (Mohd Aqif).
Memang benar Shah Alam sudah berubah! Itu lah kesan hasil kepimpinan Khalid Samad yang jelas tiada ciri pemimpin yang baik!!!
Oleh itu, menjadi tanggungjawab penulis dan rakan-rakan untuk membawa kembali Shah Alam ke zaman kegemilangannya.
Mudah sahaja, Saudara Mohd Aqif boleh bantu ajak kawan-kawan dan keluarga supaya tidak lagi mengundi Khalid Samad dan beri sokongan semula kepada calon Barisan Nasional yang akan bertanding di parlimen shah alam.
Penulis yakin, ramai warga shah alam sudah rindu dengan kepimpinan BN di Shah Alam.
PEACE
Semoga Shah Alam dilindungi Allah swt..