Bagaimana timbang tara neraca kita di sana? Adakah Rasullullah SAW akan memberikan syafaat kepada kita? Dan pelbagai persoalan lain.
Namun melihat realiti umat Islam hari ini, Wak kadang kala berasa begitu sedih dengan situasi yang berlaku. Semakin hari, realitinya kita semakin tersasar daripada landasan yang diajarkan oleh Islam.
Terbaru dalam isu penerbitan Innocence of Muslims. Kita jelas menunjukkan sikap yang tidak diajar oleh baginda Rasullullah SAW.

Kenapa kita harus segera melenting dan melakukan sesuatu yang kurang cerdik? Adakah tindakan kita melakukan demonstrasi, membakar bendera Amerika, melakukan provokasi, menghantar memorandum termasuk memboikot barangan Yahudi (di negara sendiri) akan mengubah hati mereka yang benci Islam kepada sayangkan Islam?
Islam mengajar kita untuk berkasih-sayang - membalas kejahatan dengan kebaikan, membalas kebencian dengan kecintaan, membalas racun dengan ubat, membalas kemarahan dengan kesabaran. Tetapi adakah itu yang diikuti kita sebagai umat Islam?
Umat Islam hari ini tidak cuba berusaha menjadikan segala sunnah Nabi Muhammad SAW sebagai ikutan. Malah perpecahan yang berlaku pada umat Islam hari ini menyebabkan Islam boleh diperlekehkan.

Seandainya umat Islam bersatu-padu, pasti musuh-musuh Islam akan takut untuk mempersendakan Islam. Sebenarnya umat Islam sendiri yang membiarkan agamanya dipersenda dengan tidak mahu bersatu-padu. Dan ditambah lagi atas nama politik, maka umat Islam saling mengkafirkan sesama sendiri. Adakah ini ajaran baginda Rasullullah SAW?
Ayuh, kita mula kembali mempertahankan Rasullullah SAW. Kita kena kembali memahami inti pati perjuangan baginda yang cuba menyatukan manusia di bawah satu bumbung - ISLAM.
Kita mulakan gerakan ini dengan mengimarahkan masjid, mengamalkan hadis-hadis baginda bersungguh-sungguh dan menjadi Muslim yang baik. - Wak Canang

mimr