DAP BENGANG LIHAT PEMUDA UMNO & PAS BERSATU BANTAH FILEM ANTI ISLAM!!!

Wednesday, 19 September 20120 comments




Hari ini, tanpa berselindung, orang kafir mula menzahirkan kebencian mereka terhadap umat Islam tanpa sembunyi lagi dalam pelbagai cara.

Terbaru, ketika seluruh dunia haru biru dek kerana penyiaran sebuah filem anti-Islam, Innocence of Muslims disiarkan, muncul seekor 'kamjat' di Malaysia secara sinis persoalkan perhimpunan besar-besaran umat Islam membantah filem anti-Islam, Jumaat ini sebagai buang masa dan tenaga.

Musuh Islam yang penulis maksudkan itu adalah Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Penulis menyokong kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) yang menyifatkan kenyataan pemimpin DAP itu menunjukkan Koo Ham sangat tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam dan juga kedudukan Rasulullah SAW dalam Islam.

Menurut KJ lagi, adalah amat malang sekali, dia (Koo Ham) sebagai rakyat Malaysia tetapi tidak faham perkara asas dalam Islam dan juga sensitiviti orang Islam.

Mengulas isu sama, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan turut mengecam Koo Ham dengan menegaskan tiada isu buang masa atau tenaga sebagaimana dikatakan pemimpin DAP itu kerana bantah filem itu adalah kewajipan setiap Muslim.

"Kita tentang kerana ini isu agama, bukan politik. Filem ini menghina Rasulullah SAW dan mengguris hati umat Islam seluruh duni," katanya.

Menuru Nasruddin, berhimpun bantah filem itu adalah usaha kecil dibuat bagi menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap perbuatan biadap itu.

Perhimpunan pada hari Jumaat ini mendapat persetujuaan bersama dari Pemuda UMNO dan Pemuda PAS untuk bersama-sama berhimpun membantah filem anti-Islam, Innocence of Muslims di hadapan Kedutaan US.

mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger