Malang rakyat Selangor dapat Menteri Besar macam ini! |
Walaupun sudah mentadbir Selangor hampir 5 tahun, namun sehingga kini masih gagal membuat keputusan yang strategik berkenaan kampus UNISEL di bawah kawalannya itu.
“Unisel mengambil keputusan untuk tidak menyelesaikan hutang yang didakwa bernilai hampir RM15 juta dengan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) iaitu pihak yang membina dan menyelenggara asrama kampus induk universiti berkenaan di Bestari Jaya berikutan bangunan tersebut tidak mempunyai sijil layak menduduki (CF),” lapor Mstar tentang kenyataan terkini MB Selangor.
Malah Abdul Khalid turut mengakui bahawa keseluruhan bangunan pusat pengajian tinggi itu juga tidak memiliki CF?
“Bangunan asrama itu bukan sahaja sudah siap malah sudah diduduki, tapi bangunan itu berada dalam keadaan yang tidak boleh dapat CF kerana melibatkan isu yang agak sensitif iaitu membabitkan sistem kumbahan.
“Bukan itu sahaja Unisel keseluruhannya pun tak ada CF,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco.
Selain itu Abdul Khalid berkata perjanjian antara Unisel dan JNSB yang ditandatangani pada 2003 dan 2004 selama 30 tahun itu dilihat berat sebelah serta merugikan universiti milik kerajaan negeri berkenaan.
“Kita hanya bayar kepada Jana Niaga apa yang dipanggil sewa untuk menduduki asrama tersebut. Dalam perjanjian yang ditandatangani, sama ada orang duduk atau tidak…100 peratus sewa penginapan kita kena bayar.
“Kita nampak ini sebagai berat sebelah untuk Unisel kerana bila orang cuti pun kena bayar,” katanya.
Sehubungan itu Abdul Khalid berkata kerajaan negeri melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi sebagai perantara bagi menyelesaikan isu yang timbul antara Unisel dan JNSB.
Menurutnya jawatankuasa yang dipengerusikan Khusrin itu akan memperhalusi kaedah penyelesaian terbaik termasuk kemungkinan mengkaji semula perjanjian sedia ada antara Unisel dan JNSB.
Sementara itu, di kalangan penuntut Unisel pula belum ada jawapan konkrit tentang jaminan penempatan mereka.
Penuntut yang sepatutnya mendaftar masuk hari ini, diarahkan penangguhan pendaftaran pada 27 Ogos.
Tarikh baru pendaftaran masuk penuntut itu diputuskan dalam satu mesyuarat pada Selasa, kata Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad.
Antarapos melaporkan Naib Canselor Unisel sendiri gagal memberi sebarang kata putus sama ada pelajar universiti berkenaan akan mempunyai tempat penginapan apabila memulakan pengajian mereka pada 27 Ogos ini.
Sebaliknya menunggu hasil keputusan mesyuarat timbang tara antara Unisel, kerajaan Selangor dan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).
“Saya dah tulis surat tiga bulan dulu, dan pagi tadi peguam kami telah menghantar surat kepada Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Khusrin) dan (mengarahkan mahkamah mengeluarkan) perintah injuksi membenarkan pelajar memasuki penginapan asrama pada 27 Ogos ini.
“Tadi ada soalan tanya gerenti (pelajar) boleh masuk, saya kata Insyallah.. kita orang Islam kita jawab Insyallah lah boleh masuk, kalau nak kata 100 peratus tu Tuhan saja (yang tahu),” katanya.
Ditanya mengenai tarikh mesyuarat timbang tara itu, beliau memberitahu ia masih belum diputuskan kerana semuanya bergantung kepada keputusan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri.
Mesyuarat pihak Unisel dengan JNSB telah dibuat katanya, namun tiada kata putus dicapai.
“Itulah dia (JNSB) nak selesaikan cepat, ia dah diputuskan oleh lembaga ‘board’ kita selesai melalui timbang tara, kalau kita bincang tak bawa apa-apa kesan, tolonglah pujuk (Datuk Khusrin) supaya buat timbang tara cepat.
“Mungkin lepas timbang tara kita akan jelaskan (terperinci), mungkin kita boleh cerita lebih lanjut,” ujarnya lagi.
mimr