RAJA PETRA DAPAT KONTRAK CUCI 'STOR KUNYIT' ANWAR IBRAHIM?

Wednesday, 15 August 20120 comments



BUKAN niat penulis nak menambah kepada luka yang sedia parah lanjutan penyiaran artikel oleh Raja Petra Kamarudin (RPK) yang membongkar kejahatan kepimpinan Pakatan Haram, terutama PKR terlibat dalam komplot memfitnah Perdana Menteri Najib terlibat dalam pembunuhan mendiang Altantunya.

Tapi perkara ini penting untuk dibincangkan kerana bukan sedikit orang yang percaya Najib terlibat ekoran pendedahan yang dibuat di ibu pejabat PKR di Tropicana pada 3 Julai 2008.

Sejak itu, gelaran-gelaran seperti Najib Altantunya, Najib Mongolia dan seumpamanya, sudah menjadi rutin sesetengah facebooker/cybertroopers Pakatan Haram kerana mereka percaya Najib benar-benar terlibat.

Sesetengahnya berlaku juga di kalangan pengamal media dari PAS, walaupun kelompok ini menyokong perlaksanaan hukum Islam yang memerlukan kriteria pensaksian yang ketat bagi membuktikan kes-kes sedemikian. Penulis tidak terkejut kerana inilah politik.

Dalam hal ini penulis menggesa supaya semua pemimpin Pakatan Haram yang disebutkan dalam artikel tersebut, antaranya YB R Sivarasah dapat tampil menjelaskan hal ini kepada umum dengan kadar segera.

Janganlah dalam hal ini Sivarasah mahu menggunakan konsep sama dipakai mahkamah pula (hakim, saksi, pendakwaraya, bukti dan sebagainya) kerana dalam soal tuduhan ke atas Najib ini pun satu-satunya bukti yang ada ialah Statutory Declaration (akuan bersumpah) pertama yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Akuan bersumpah kedua yang dibuat P Bala beberapa hari selepas itu pula menafikan semua penglibatan Najib seperti yang dibuat dalam akuan bersumpah yang pertama.

Tapi penulis yakin tidak ada penyokong Pakatan Haram yang peduli dengan akuan bersumpah kedua ini, malah penulis tidak terkejut kalau ada yang tidak tahu pun kewujudannya.

Penulis yakin, kebenaran pasti menewaskan kebatilan!  

mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger