SIKAP PENIPU KERAJAAN SELANGOR MUSNAHKAN MASA DEPAN 3,000 PELAJAR UNISEL !

Monday, 6 August 20122comments


SHAH ALAM - Indah khabar dari rupa. Begitu kesimpulan dibuat Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) mengenai keadaan semasa Universiti Selangor (UNISEL) selepas lebih 3,000 pelajar tidak dapat mendaftar diri ke asrama minggu lalu.

Ia berikutan kegagalan pengurusan universiti tu membayar kepada pengendali asrama berjumlah RM15 juta biarpun pelajar sudah membuat pembayaran menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), universiti terbabit masih belum membuat bayaran tunggakan yang menyebabkan berlakunya masalah itu.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kedudukan kewangan yang kritikal ditambah ketidakcekapan pengurusan adalah punca situasi itu berlaku dan apa yang dikesalkan ialah masalah berkenaan menyebabkan nasib pelajar terbabit di dalam tandatanya kerana ia menjejaskan pengajian mereka.

Katanya, situasi itu jelas bercanggah dengan kenyataan Menteri Besar Selangor bahawa universiti itu memperoleh keuntungan besar termasuk pemberian bonus kepada kakitangannya.

"Selama ini, Menteri Besar mengakui pengurusan universiti itu menguruskan kewangannya dengan baik, namun ia berlaku sebaliknya. Kita tidak mahu kerana terlalu ingin berpolitik, ia menggadaikan masa depan generasi muda," katanya.


mimr
Share this article :

+ comments + 2 comments

6 August 2012 at 18:36

sepatut nya dulu lagi menteri besar meletak jawatan kerana tiada potensi memimpin sebauh k,jaan,maalahan bahg PKR k/selangor pun tlh hilang keyakinan pada nya dan dilucutkan jawatannya sebagai ketua cabang k/selangor!!

7 August 2012 at 08:36

Adakah ini versi 'pendidikan percuma' yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat?

Sungguh memalukan!!!

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger