INMIND AGIH JUADAH SAHUR KEPADA 150 PETUGAS NSTP

Monday, 6 August 20120 comments


SERAH...Mohd Yusof (kopiah putih) menyerahkan makanan kepada petugas NSTP, kelmarin.
 
SHAH ALAM - Dalam suasana mempopularkan semula aktiviti bersahur, Institut Perkembangan Minda (INMIND) menyerahkan juadah bersahur untuk wartawan dan petugas di loji percetakan The New Straits Times Press (M) NSTP Balai Berita 2, Bukit Jelutung, di sini awal pagi kelmarin.

Seramai 20 pegawai INMIND diketuai Pengurus Besarnya, Mohd Yusof Din, mengagihkan juadah bersahur kepada lebih 150 petugas di kilang percetakan itu.

Dalam ucapannya Mohd Yusof berkata, budaya masyarakat Malaysia lebih mengutamakan majlis berbuka puasa sedangkan hakikatnya, Islam amat menekankan kepentingan bersahur.

"Ada di kalangan masyarakat kita meremehkan sahur terutama apabila menjelang akhir Ramadhan sedangkan Nabi Muhammad menekankan kepentingan bersahur walaupun dengan segelas air sebagai persediaan berpuasa," katanya.

Rombongan disambut Ketua Biro Berita Harian Selangor, Meor Hashim Zulkifli yang turut sama mengagihkan makanan kepada petugas syif malam di loji berkenaan.

Selain menjadi loji percetakan, Balai Berita 2, turut menempatkan pejabat akhbar Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times.


mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger