UTAMAKAN KEPENTINGAN UMMAH DEMI ISLAM. PAS BERANI?

Saturday 16 June 20121comments




Kuala Lumpur 16 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masyarakat di negera ini perlu mengutamakan kepentingan ummah berbanding politik dengan menekankan konsep kesederhanaan dan tidak terlalu ekstrem dalam mengutarakan pendirian masing-masing.

Perdana Menteri berkata, tindakan keterlaluan dalam mengemukakan pandangan politik boleh mengundang padah seperti yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat menerusi 'Arab Spring', yang dianggap sesetengah pihak sebagai proses kebangkitan politik.

Hakikatnya, kata beliau, proses tersebut merupakan satu bentuk kegawatan politik di negara Islam dan ia memberi ruang kepada masyarakat lain untuk membentuk perspektif buruk terhadap kesucian agama Islam.

"Hakikatnya, revolusi politik perlu disepakati dengan revolusi sosial dan revolusi minda dan perkara-perkara lain," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam dna Perasmian Seminar Antarabangsa Figh Mentaati Pemimpin di sini malam tadi.

Ia menyaksikan penyertaan beberapa tokoh ilmuan Islam masa kini termasuk Imam Masjidil Haram Mekah, Syeikh Maher al-Mueaqly.

Dalam pada itu, Najib memberitahu, sejak bermulanya 'Arab Spring' pada Disember 2012, keadaan di Asia Barat tidak banyak berubah dengan keadaan ekonomi di kawasan itu masih berhadapan dengan kesukaran, keadaan politik yang berpecah belah dan rakyat terus menghadapi kesulitan.

Justeru, beliau menggesa masyarakat Malaysia terutama golongan muda supaya mengambil iktibar daripada keadaan politik di negara-negara berkenaan dengan mengekalkan keamanan hidup dalam kalangan masyarakat berbilang kaum yang terhasil selama ini.

Dengan itu, katanya, para pemimpin negara akan sentiasa memastikan rakyat akan terus hidup dalam keadaan sejatera dengan menerapkan kualiti kepimpinan dalam Islam.

"Kita perlu mengekalkan kejayaan negara menyanggah tanggapan stereotaip bahawa Islam itu autokratik, mempunyai banyak sumber asli tetapi gagal diurus dengan baik dan tiada keadilan sosial," katanya.

mimr
Share this article :

+ comments + 1 comments

18 June 2012 at 11:58

Selagi Pas dikuasai oleh kaum Anwarinas. Selagi itulah kita hanya bermimpi untuk melihat orang melayu dan Islam bersatu.

Bilalah waktunya itu...

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger