Di sini lah dikatakan lokasi tragedi Azmin diaiskrimkan di Kondominium Mutiara Aggerik, Seksyen 15, Shah Alam.
SHAH ALAM - Sejak akhir-akhir ini, kerja jahat pemimpin pakatan haram semakin dibatilkan. Malangnya kemungkaran pemimpin pakatan haram itu tidak dapat membuka hati sesetengah masyarakat dan mereka mempercayai itu hanyalah fitnah UMNO atau ungkapan paling 'glomour' abad ini "Konspirasi UMNO."
Adakah mereka sedar? Kepercayaan sesetengah masyarakat itu sebenarnya telah menggalakkan pemimpin-pemimpin pakatan bermaharajalela melakukan kerja-kerja yang dilaknat Allah SWT? Mana tidaknya, kalau tertangkap sahaja, Mereka terus menuduh ini konspirasi jahat UMNO! Seronok juga kan jadi pemimpin pakatan haram. Memang haram la korang!
Penulis kasihan melihat sesetengah masyarakat yang diperbodohkan sebegitu rupa oleh pemimpin pakatan haram ini. Adakah mereka sedar yang selama ini solat hajat perdana yang dianjurkan oleh pakatan haram dengan tujuan meminta akan kebenaran dibatilkan sudah terbatil?
Penulis mendokan agar mereka menerima hidayah dari Allah SWT.
Terbaru menurut sumber, lokasi tragedi Azmin diaiskrimkan telah dikesan. Lokasi yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam hanya terletak 1KM dari pusat pentadbiran kerajaan Selangor. Apa sudah jadi dengan Shah Alam sejak akhir-akhir ini?
Sejak Selangor diperintah oleh pakatan haram, Shah Alam telah diperkosa sedahsyat-dahsyatnya. Percayalah! Kesedihan penulis dan sebilangan besar rakyat Shah Alam hanya akan terubat apabila pakatan haram dibungkuskan pada PRU13 kelak.
Ayuh warga Shah Alam! Ayuh kita bangkit tentang pengkhianat dan perosak bumi bertuah Shah Alam! Semoga Allah SWT bersama kita.
mimr
|