PANAS! GERAKAN BESAR-BESARAN DALAM PAS DESAK NIK AZIZ UNDUR

Tuesday 5 June 20120 comments

Sudah terang lagikan bersuluh. Desakan supaya Nik Aziz berundur oleh kalangan ahli PAS sudah tidak boleh disorok lagi.  Jika Nik Aziz masih kekal bertanding pada PRU13 meletakkan beliau ahli politik paling tua yang bertanding. Berundurlah!

Nampaknya sebahagian ulama yang cintakan perpaduan di dalam PAS sudah mula bersuara. Mereka percaya kedudukan Nik Aziz sebagai Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS perlu diganti segera bagi mengelakkan kekeliruan serta kenyataan bercanggah di kalangan pemimpin utama parti tersebut.

Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Hasan Basri Mohamad berkata, perkara itu wajar dipertimbangkan dengan serius bagi memastikan tidak berlaku perpecahan yang lebih besar di kalangan ahli parti dan masyarakt Islam Malaysia secara keseluruhannya.

Katanya, kedudukan Nik Aziz sebagi Menteri Besar Kelantan menyumbang kepada kekalutan parti kerana segala kenyataan pemimpin itu kini dilihat lebih kepada menjaga kepentingan politik berbanding lunas Islam seperti terkandung di dalam Al-Quran serta hadis.

"Nik Aziz terpaksa menarik balik kenyataan menyokong usaha muzakarah di antara UMNO dengan PAS hanya kerana presiden parti tidak bersetuju dengan perkara itu.

"Majlis syura PAS kini tiada lagi kredibiliti kerana diketuai oleh seorang Menteri Besar dan juga Mursyidul Am PAS yang jelas mendapatkan nasihat daripada golongan parasit dalam PAS yang semakin menghancurkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hasan Basri mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang mengatakan percanggahan pendapat yang ketara di antara Abdul Hadi dan Nik Aziz dalam beberapa isu mengelirukan rakyat.

Sebagai contoh, Nik Aziz pernah mendakwa para pengundi PAS mendapat ganjaran syurga tetapi disanggah oleh Abdul Hadi baru-baru ini dan kedua-dua pemimpin itu turut bercanggah pendapat dalam hal Perdana Menteri Melayu serta muzakarah PAS dengan UMNO.

Hasan Barsi menambah, kenyataan Nik Aziz dan Abdul Hadi kebelakangan ini jelas menampakkan parti itu cuba sedaya upaya menjaga hubungan dengan sekutu dalam pembangkang iaitu DAP dan PKR.

mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger