PANAS! PAS PANAS TELINGA KENA TEMPELAK ULAMA JORDAN?

Sunday 17 June 20121comments


KUALA LUMPUR 17 Jun 2012 - Penggunaan nama Islam pada sesebuah parti politik bukanlan satu indikasi kepada rakyat untuk memilih parti tersebut sebaliknya mereka perlu memberi perhatian kepada manifesto dan pelaksanaanya.

Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Bayt Jordan, Syeikh Dr Mohammad Ali Ibrahim Alzoghool berkata manifesto dan pelaksanaannya oleh sesebuah parti itu dapat menentukan keupayaan untuk memberi khidmat terbaik buat rakyat.

"Letaklah nama apa pun (pada parti politik), yang lebih penting adalah manifesto dan pelaksanaan (manifesto) selepas itu.

"Mana lebih Islamik, lebih tepati kebajikan serta menepati tamadun umat Islam itulah yang perlu diberi perhatian," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja bertajuk 'Melahirkan Barisan Pelapis Kempimpinan Muda Islam' pada Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin, di sini.

Ulama Jordan itu juga menekankan bahawa orang yang soleh tidak semestinya sesuai untuk menjadi pemerintah.

"Tidak semestinya orang soleh serta baik dari sudut agama itu layak untuk menjadi pemerintah.

"Dalam sebuah hadis menyatakan Rasulullah saw menolak permintaan seorang sahabat bernama Abu Dzhar untuk menjadi pemimpin walaupun mengetahui Abu Dzhar seorang yang soleh serta taat kepada agama kerana merasa Abu Dzhar tidak sesuai untuk menjadi seorang pemimpin," katanya.

Terdahulu, bekas Dekan Fakulti Syariah Universiti Yarmouk Jordan, Syeikh Prof. Dr. Mohammad Oqlah Al-ali Al-Ibrahim, yang turut membentangkan kertas kerja, berkata setiap parti politik mempunyai asas berlainan antara satu sama lain dan seseorangn itu perlu mengkaji mengenai parti-parti sebelum mengangotainya.







mimr
Share this article :

+ comments + 1 comments

18 June 2012 at 11:55

Patutnya pemimpin Pas kene hadir program baik ini!

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger