KISAH SUARAM, SUARAHARAM DAN KERJA HARAM MEREKA

Thursday, 7 June 20120 comments

Kini SUARAHARAM atau SUARAM yang kononnya membawa suara rakyat Malaysia  secara rasminya menjadi sayap pakatan haram.


Sedikit mukadimah tentang sejarah kewujudan sayap pakatan haram ini.SUARAHARAM adalah sebuah NGO yang ditubuhkan oleh keluarga bakas banduan ISA yang ditangkap ketika 'Operasi Lalang'. Ditubuhkan pada 5 Ogos 1989 dengan tujuan memperjuangkan penghapusan ISA.

SUARAHARAM yang dipelopori oleh mereka yang berfahaman 'Liberal' ini sebenarnya tidak bebas, tidak pernah telus dan tidak memperjuangkan hak asasi manusia.  Sebaliknya SUARAHARAM adalah alat politik kepada pakatan haram dalam meracuni fikiran rakyat agar menentang pemerintah Barisan Nasional.

Terbaru, sekumpulan ahli SUARAHARAM diketuai oleh pengarahnya, Cynthia Gabriel telah bercuti sambil berbuat bangsat di Perancis kononnya sedang membuka fail mahkamah di sana bagi mendakwa Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri atas salah laku dalam pembelian kapal selam 'Scorpene'.

Ini semua bermula dengan SUARAHARAM membuat aduan di mahkamah Perancis berhubung DCN, iaitu syarikat pembuat kapal selam negara itu yang kononnya telah memberi rasuah kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd. dari Malaysia.

Tidak cukup dengan itu, SUARAHARAM mengaitkan pula Perdana Menteri dan isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya yang didakwa mereka sebagai penterjemah dalam urusan jual beli 'Scorpen'.

Altantuya dikatakan telah dibunuh kerana meminta sebahagian dari rasuah terbabit.

Sedangkan umum sudah tahu, Perdana Menteri telah memberi kenyataan penuh di dalam parlimen dan menjawab semua soalan tentang tuduhan pembangkang berkenaan dengan pembelian 'Scorpene' itu.

Selanjutnya (KLIK SINI)



mimr

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger