80 BEKAS PEMIMPIN, AHLI PKR BEAUFORT SERTAI BN

Thursday 7 June 20120 comments

Rakyat semakin sedar akan perjuangan PKR yang jelas hanya memperjuangkan misi Anwar jadi Perdana Menteri.


BEAUFORT 7 JUN - Seramai 80 bekas pemimpin dan aggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Beaufort hari ini bertukar haluan menyertai Barisan Nasional (BN) dalam satu majlis khas di sini.

Bekas pemimpin PKR yang juga calon bagi kawasan Parlimen Beaufort pada PRU12, Lajim Yusoff berkata, keputusan menyertai BN kerana percaya terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang membawa pelbagai pembangunan pesat di negeri ini.

"Kami menyertai BN kerana percaya BN betul-betul boleh memajukan Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri kerana selama ini kami perhatikan semua projek di Sabah khasnya di Beaufort semuanya berjalan lancar.

Kami tidak percaya lagi kepada PKR yang hanya berangan-angan untuk memerintah negeri Sabah," katanya selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Musa di kediaman Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd. Don di Kampung Limbawang di sini. - BERNAMA
Mereka semua adalah sahabat Anwar dan bekas pemimpin yang telah meninggalkan PKR. Tidak pernah lagi parti politik di dalam dunia ini yang ahlinya keluar seramai PKR.


mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger