KENYATAAN MAJLIS FATWA TENTANG PENGGUNAAN RANTAI

Friday 1 June 20120 comments


Fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bertarikh 28 Februari 2008 seperti berikut:

Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan telah sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa:

1. Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi wanita adalah harus   kerana ia merupakan perhiasan yang khususnya bagi mereka. Ini adalah hukum yang disepakati secara ittifaq. Sebaliknya, diharamkan bagi lelaki untuk memakainya sebagai perhiasan semata-mata kerana ia menyerupai wanita.  

2. Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita untuk tujuan perubatan atau rawatan adalah dibenarkan berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat: 
    i.  Ia bukan diperbuat daripada emas kuning,emas putih,suasa
        atau sutera (bagi lelaki)
    ii. Tidak terdapat unsur najis padanya.
    iii.Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang
        tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu 
        kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang 
        kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah.
    iv. Tidak menyebabkan kemudaratan kepada pemakainya.
    v.  Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama
        Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia 
        merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam 
        merawat penyakit.

3. Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita yang disertai dengan niat untuk bermegah-megah atau kelihatan bergaya bagi lelaki adalah haram walaupun dengan tujuan perubatan.  

Walaubagaimanapun, dalam hal ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah mendapat nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan bahawa terapi bio magnetik bukanlah merupakan kaedah perubatan yang memenuhi piawaian dan tidak dapat dipastikan keberkesanan penggunaannya secara tepat dan jelas dalam merawat serta menghilangkan penyakit.


mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger