#DunSelangor: [LIVE] KHALID IBRAHIM GELABAH JAMBATAN RM300 JUTA GHAIB!

Tuesday 19 November 20130 comments

Dewan sebentar tadi dikejutkan dek pengumuman oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kononnya mahu membina sekali lagi sebuah jambatan Klang ketika pembentangan bajet 2014 negeri Selangor.

Helah dan lakonan semata-mata. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan exco kerajaan negeri pura-pura melakukan upacara pecah tanah bagi memulakan pembinaan jambatan ketika Klang pada 15 Februari 2013.

Apa sudah jadi dengan jambatan ketiga Klang yang diumumkan sendiri oleh Menteri Besar sebelum ini pada 17 Disember 2012?

Khalid Ibrahim pada 17 Disember 2012 lalu mengumumkan bahawa kerajaan Selangor telah meluluskan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk pembinaan jambatan ketiga Klang sepanjang 500 meter. (sila rujuk laporan portal Selangorku, klik sini)

Jambatan itu kononnya akan mula dibina awal tahun 2013 dan dijangka mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.

Kalau mengikut kepada jadual, pembinaan jambatan sepatutnya sudah siap 50% dan siap sepenuhnya pada tahun hadapan.

Kini, Khalid Ibrahim mengumumkan untuk membina jambatan baru pula?

Nampaknya, pengumuman sebelum ini hanyalah helah dan tipu daya oleh kerajaan Selangor kepada rakyat di negeri ini.

Rupa-rupanya, kerajaan Selangor tidak membina jambatan ketiga Klang seperti dicanang sebelum ini.

Lebih malang, kerajaan Selangor telah membazirkan wang rakyat kerana sejumlah peruntukan besar turut digunakan untuk membiayai upacara pecah tanah ketika itu.

Lakonan cemerlang oleh Ronnie Liu dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor ketika upacara pecah tanah jambatan ketiga Klang pada 15 Disember 2012.

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger