#DunSelangor: [LIVE] KERAJAAN SELANGOR HENTI SALUR PERUNTUKAN PEMBANGUNAN BOLA SEPAK

Tuesday 19 November 20130 comments


Dalam ucapan pembentangan Bajet 2014 negeri Selangor oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sebentar tadi, beliau memberitahu bahawa kerajaan negeri Selangor tidak lagi menyalurkan peruntukan bagi program pembangunan bola sepak di negeri ini mulai tahun hadapan.

Tanpa menjelaskan apa rasional tindakan itu, kerajaan negeri mengimbil sikap itu atas faktor penilaian kononnya program pembangunan bola sepak negeri sebagai tidak menguntungkan rakyat Selangor.

Sedangkan, program serupa sebelum ini telah melahirkan beberapa jaguh bola sepak tanah air seperti Safee Sali, Safiq Rahim, Amirul Hadi dan ramai lagi.

Justeru itu, tindakan kurang bijak oleh kerajaan Selangor sudah pasti akan memberi kesan kepada usaha mengangkat sukan nombor satu itu di negeri ini.

Kerajaan Selangor sepatutnya memikirkan jalan lain untuk meningkatkan sumber pendapatan bukannya menghentikan program pembangunan bola sepak di negeri ini bagi mengimbangi perbelajaan kerajaan negeri. 

Kerajaan negeri tidak boleh bergantung harap kepada sumber kutipan cukai dan perlombongan pasir sebagai hasil pendapatan utama di negeri Selangor. 



Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger