TERKINI! BARISAN NASIONAL KEMUKA LIMA USUL

Monday, 6 November 20170 comments







Barisan ADUN Barisan Nasional bakal mengemukakan sebanyak lima usul sempena Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Selangor, Sidang Ketiga Penggal Kelima Tahun 2017.

Usul-usul tersebut berkaitan Ikrar Bebas Rasuah (IBR), pemerkasaan Mahkamah Syariah, tadbir urus Yayasan Selangor, pelesenan pusat hiburan keluarga dan juga program Better Beer Festival atau Oktoberfest yang mencetuskan isu baru-baru ini.

Berdasarkan pengalaman sebelum ini, pada kebiasaannya, sekurang-kurangnya dua usul akan ditolak oleh Speaker, YB Hannah Yeoh dari DAP.

Kali ini usul pemerkasaan Mahkamah Syariah sekali lagi akan dibawa walaupun pernah ditolak sebelum ini oleh Hannah Yeoh.

Sejauh mana usul-usul kali ini akan diterima atau ditolak? Sama-sama kita nantikan.
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger