TERKINI! WAJAH-WAJAH YANG MELULUSKAN PESTA ARAK DI SELANGOR

Sunday 1 October 20170 comments



Apa pula dalih Azmin Ali selepas ini?

Media-media utama semalam melaporkan sebanyak 16 Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah bersetuju dengan cadangan menukar nama Octoberfest kepada pesta makanan dan minuman Jerman sekaligus menyokong kelulusan pesta arak tersebut diadakan di negeri ini pada 12 dan 13 Oktober ini.

Daripada bilangan itu, 10 ahli MPK mewakili DAP manakala 6 lagi wakil PKR sementara dua lagi ahli mewakili PAS mengundi menolak kelulusan ini. Tiga orang wakil PAS tidak hadir tetapi undi mereka dikira sebagai menolak kelulusan ini atas tiket yang diwakili.

Inilah bahananya apabila pentadbiran sebuah negeri yang majoriti rakyatnya adalah orang Islam tetapi diserahkan kepada orang-orang kafir. Mereka akan buat keputusan atas pertimbangan menjaga kepentingan mereka semata-mata.

Kami percaya, Azmin Ali tak akan berani bersuara dalam hal ini, jauh sekali membatalkan keputusan yang telah dibuat majoriti ahli MPK. Azmin sendiri awal-awal lagi dah bagitahu kita bahawa kelulusan pesta arak ini menjadi tanggungjawab PBT (MPK) sepenuhnya dan dia tak akan masuk campur.

Tahniah orang Selangor. Tangan anda yang mengundi mereka akan menjadi saksi.

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger