TERKINI! MEMALUKAN, PEGAWAI AZMIN KELAM KABUT

Tuesday 10 October 20170 comments


Video ini telah tular namun kami mainkan semula sebagai bukti betapa kelam-kabut dan haru birunya pentadbiran kerajaan negeri di bawah telunjuk kuasa Azmin Ali.

Melalui video ini, jelas kepada kita bahawa arahan menghentikan kerja-kerja perobohan hanya diberikan kira-kira 30 minit sebelum jentolak mula merobohkan rumah pegawai-pegawai masjid ini ala-ala Zionis Israel.

Timbul persoalan, adakah Azmin Ali tidak diberitahu lebih awal? Adakah SOP dalam penyaluran arahan secara rasmi telah diikuti? Cukupkah arahan disampaikan hanya melalui satu panggilan telefon (atau mungkin melalui pesanan Whats App) kepada pegawai yang dipertanggungjawabkan itu?

30 minit ini mungkin tidak membawa apa-apa makna kepada kita tetapi besar ertinya kepada mangsa kekejaman kerajaan Azmin yang terlibat dalam tragedi ini.

Mereka menangis, meraung, menjerit merayu, meronta dan meminta supaya Azmin lebih bertimbang rasa sejak dari awal. Mustahil Azmin tak terima maklumat ini semua sejak dari awal.

Ini secara tak langsung membuktikan kerajaan negeri hari ini memiliki set tadbir urus yang kalut akibat kelemahan pentadbiran dalaman yang bercelaru dan lebih gemar berpolitik siang dan malam.

Sudah-sudahlah Azmin. Kalau tak boleh memimpin, serah saja baton kepada orang lain.


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger