TERKINI! KENAPA PAS TIBA-TIBA TANGGUH RUU355?

Thursday, 19 October 20170 comments


Kita dah tahu bahawa PAS sudah ambil ketetapan untuk tangguh pembentangan pindaan RUU355 sehingga selepas PRU-14. Alasan diberikan bagaimanapun lebih bersifat teknikal.

Namun, menurut Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian, AJK Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), keputusan PAS itu terpaksa dibuat bagi memastikan usul pindaan RUU355 tidak dijadikan peluru oleh pihak lawan hingga mengganggu potensi undi daripada kelompok atas pagar terhadap PAS tatkala pilihan raya umum semakin hampir.

Jika rumusan oleh Dr. Siva ini benar, maka bolehlah disimpulkan bahawa PAS sememangnya belum bersedia sepenuhnya untuk membawa isu ini sekaligus menjuarai sokongan daripada orang Islam di Malaysia.

Sepatutnya PAS lebih agresif termasuk memberi penerangan sehingga tiada seorang pun dalam kalangan rakyat Malaysia yang terlepas daripada mendapat maklumat yang tepat tentang cadangan pindaan ini.

Kepimpinan PAS juga sepatutnya menyedari bahawa perjudian mereka ini bakal merisikokan seluruh institusi perundangan Islam melalui Mahkamah Syariah di negara ini sekiranya Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP berjaya menawan Putrajaya pasca PRU-14 kelak.

Apakah jaminan PAS bahawa usul pindaan ini masih boleh dibentangkan dan dibahaskan selepas PRU-14?


Share this article :

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger