Nampaknya Syed Saddiq semakin cekap menyalin teknik dan helah politik Tun Dr. Mahathir yang kini menjadi pemimpin agung dan maksum bagi pakatan pembangkang di Malaysia.
Selepas mendedahkan kononnya dia disogok dengan tawaran sebanyak RM5 juta oleh pihak tertentu supaya meninggalkan PPBM, hari ini Syed Saddiq tampil dengan gesaan supaya pihak tersebut yang dinamakan olehnya sendiri sebagai H membuat penafian atas dakwaannya itu.
Teknik sebegini sebelum ini kerap digunakan oleh Tun Dr. Mahathir apabila beliau menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Apabila membuat sesuatu tuduhan atau dakwaan, Tun acap kali akan mendesak Perdana Menteri supaya menafikannya jika beliau berada di pihak yang benar.
Tun mengalihkan beban bukti kepada Perdana Menteri meskipun yang membuat tuduhan atau dakwaan adalah dirinya sendiri.
Antara ayat yang biasa digunakan oleh Tun apabila ditanya oleh wartawan atau sesiapa sahaja tentang bukti terhadap dakwaan yang dibuat olehnya ialah “Saya tak tahu, tanyalah dia (Najib) sendiri!”
Kaedah ini sama sekali bertentangan dengan tuntutan syarak yang menekankan tanggungjawab kepada pihak yang membuat tuduhan untuk membuktikan tuduhan yang dibuat.
Jika gagal, tuduhan tersebut diklafikasikan sebagai pendustaan atau fitnah, iaitu salah satu dosa besar yang sukar diampunkan melainkan dengan taubat nasuha.
Syed Saddiq sepatutnya meniru akhlak dan amalan politik yang lebih baik jika dia benar-benar mahu memperjuangkan sebuah negara Malaysia yang lebih baik seperti yang digembar-gemburkan selama ini.
Kaedah politik “menuduh tanpa bukti” hanya sesuai untuk orang tua yang mempunyai daya ingatan yang lemah seperti Tun Dr. Mahathir. Jika kaedah ini juga diamalkan oleh Syed Saddiq, maka perubahan apa yang hendak dibawa sebenarnya?