Hanya menukar nama program, agenda DAP berjaya akhirnya. Pelik tapi benar. Itu yang dapat digambarkan. Disaat umat Islam bersatu membantah. Perasaan umat Islam tetap tidak dihiraukan.
Majlis Perbandaran Klang (MPK) akhirnya meluluskan penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman di daerah itu, tetapi melarang penganjur menggunakan perkataan “Oktoberfest”.
Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin dipetik Sin Chew Daily berkata, penganjur juga perlu mematuhi beberapa syarat, termasuk melarang kemasukan umat Islam ke kawasan penganjuran acara itu dan perlu mendapat permit atau kelulusan dari pihak lain seperti pejabat tanah, Jabatan Kastam dan polis.
Persoalan disini, apakah jaminan bahawa masyarakat terutamanya anak muda tidak akan terpengaruh untuk mencuba-cuba meminum arak selepas ini apabila ia secara nyata dapat dianjurkan? Bukankah mencegah itu lebih baik?
“Centro German F&B Party” dijadual diadakan di pusat beli-belah berkenaan mulai 5 petang hingga 11 malam pada 12 dan 13 Oktober ini.
Katanya, walaupun mendapat bantahan 2 ahli MPK daripada PAS, iaitu Kahar Muzakkir Munawir dan Prasad Hanif dalam mesyuarat pihak berkuasa tempatan itu semalam, aktiviti berkenaan tetap diluluskan pihaknya. Ternyata PAS hanya diperlukan masa PRU sahaja bukan dalam membuat keputusan.
Yasid dalam mesyuarat bulanan MPK semalam berkata, kelulusan itu diberikan kepada Centro Mall kerana ia adalah acara persendirian yang diadakan di premis persendirian dan turut mendapat sokongan sebahagian ahli MPK lain.
Siapakah ahli MPK tersebut yang sanggup mengadaikan maruah agama Islam ini?
Akhirnya kenyataan MB menyerahkan perkara ini kepada PBT berhasil mempertahankan maruahnya daripada tercemar. MB sebenarnya berkuasa menghentikan atau melarang ia diadakan.