Beberapa intisari rumusan diperolehi setelah seminggu kempen PRK di P093 Sungai Besar. Antaranya adalah;
1. Krisis dalaman PKR antara Presiden dan Timbalannya tidak dapat disembunyikan lagi
2. DAP tidak menyembunyikan perasaan bangganya mengiringi, membiayai serta bertungkus lumus membantu kempen Parti Amanah Negara (PAN).
3. Bisik-bisik di kalangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) bahawa MB Selangor Dato' Mohamed Azmin Ali menaja calon PAS sudah mula kedengaran dan PKR tidak menggerakkan jentera parti membantu calon PAN.
4. Tun Dr. Mahathir Mohamed menampilkan sikap sebenar beliau dari tidak berpihak kepada mana-mana parti politik kepada memberi sokongan penuh dan membantu kempen calon PAN.
5. DAP sangat terdesak mahukan kemenangan calon PAN sehingga terdorong memainkan politik jijik dan kotor serta mencemari kesucian bulan Ramadhan dengan 'billboard Cina Babi'.
6. Akhirnya, politik khidmat bakti dan kasih sayang calon Barisan Nasional YB Budiman Mohd Zohdi berjaya menembusi kubu kuat DAP di Sekinchan di mana para pengundi Cina dilihat semakin mesra BN.